Bella Erzaq. Seventeen

Tutorial : Edit blogskin


Kacak melampau

Assalamualaikum. Hai.

Hari ini aku nak buat tutorial untuk sesiapa yang masih baru dalam bab edit blog . Aku suggest blogskin sebab bagi aku senang gila siot . 

Ok . Sementara menunggu gambar di-upload , aku nak cerita sikit pasal blog ni . Kalau nak edit ni memang kena sabar dan ambil masa yang agak lama terutama sekali yang newbie lagi . Jangan sampai korang mengamuk then flip semua benda sudah . 

Ok start !

First , buka blogskin . Sila tekan link blogskin tu . Sila klik untuk besarkan.



Second , cari layout mana korang berkenan . Aku ambil yang simple sebab aku nak buat tuto je pun bukannya nak edit terus wakakaka .

Lepas dah jumpa mana layout yang korang berkenan , tekan blogger main . Nampak benda alah yang aku bulat tu .



Oh ya , lupa pulak . Kalau sesiapa yang masih baru buat blog tu korang kena tekan template then scroll bawah dan tekan revert to classic template . Kalau tak , nanti tak jadi .



Lepas tu scroll bawah paste code layout korang download tu . Lepas tu tekan save template  sebab aku suggest save dulu . Kalau semua korang edit then tiba-tiba ada masalah lagi susah kena buat dari mula . 



Lepas tu tekan preview . Nanti dia akan keluar satu tab .



Tekan navigation bio profile atau ABOUT . Biasanya kat blogskin ada benda tu .



Lepas korang tekan mesti ada macam ni kan? 



Nanti tekan CTRL dengan F serentak then copy sikit ayat profile apa yang benda alah tu tulis. 



Lepas tu buat la ayat yang korang nak buat . 



Oh ya . Kalau korang perasan kat gambar tu mesti ada bold semua tu kan ? Benda tu ada code . 

  • <b> BOLD  
  • <i> italic
  • <br> Kalau dalam keyboard korang tekan enter tapi kalau kod korang kena guna BR . Nanti jadi satu perenggan lol.
  • <blockquote> Blockquote takkan tak tahu.

Kalau korang ada letak kod tu jangan lupa akhirkan dengan kod </>

Contoh : <b> Jin gedik </b>

Then tekan preview . Kalau dah ok tekan save template lagi .

Nanti jadi macam ni.



Ok . Macam mana nak tukar gambar tu ? Tekan right click then tekan copy image url then tekan CTRL dengan F serentak . Korang replace kod gambar lain dekat tempat tu .





Nanti jadi macam ni.



Ok . Sesetengah classic template mesti ada benda ni . Apa benda ni ? Ni lah tempat exchange website blog . Nak letak Twitter Facebook Instagram Vine korang pun boleh .



Macam tadi juga , copy then jadi macam ni.



Then paste kod.



Jadi macam ni.



Nak chatbox cbox apa ntah tu ? Tekan cbox ni untuk sign up .

Lepas tu mesti ada macam ni kan .



Korang kalau nak adjust colour pergi dekat Look & Feel lepas tu tekan Publish .

Kenapa aku bulat benda cokalt dengan oren tu ? Ok aku nak beritahu ni . Yang wajib letak tu warna oren . Coklat tak payah pun tak apa sebab coklat tu nanti ada tunjuk siapa yang tinggalkan jejak dekat situ.



Nanti jadi macam ni . 



Kecil sangat ? Korang tengok bahagian aku highlight tu . Korang boleh edit dekat situ . Width kalau boleh 500 height tu tak payah sentuh pun tak apa .



Nanti jadi macam ni.



Ok tengok benda ni . Tulis fanfic list sebab ni blog tak menjadi jadi aku privatekan dan buat yang lain lol . 



Kalau korang nak tukar tak payah pergi setting semua tu . Cuma search <title> then ada la benda alah ni . Macam-macam tajuk pelik korang dapat .

Aku punya boleh tukar sekali dengan header so boleh jadi macam ni . 



Kalau header korang tu jenis gambar , korang search header then ada keluar png atau jpg . Tukar kod gambar korang nak tu .

Yang paling penting sekali ialah FOLLOW . Korang pergi hover follow button korang then ada keluar tak benda alah ni .



Kalau ada sila tukar kepada kod blog anda . Tengok  bahagian url tu then letak dekat kod tu .

Dah siap !



Senang kan ? Kalau tak faham sila tanya aku dekat Twitter @sxxjin . Aku malas nak check dekat Facebook dengan blog lol .

Selamat mencuba ! 

No comments:

Post a Comment