Bella Erzaq. Seventeen

Luahan Perasaan



Assalamualaikum ,

Hai . Aku baru je edit blog ni dan aku suka yang ini . Cool gila . Lagi cool daripada yang dulu punya . Hohoho . Aku tak tambah scroll bar comel sebab aku tak letak button back to top .

Aku nak cakap pasal kawan aku tapi aku tak nak beritahu nama dia . Dia banyak berubah . Tahun lepas aku anggap dia kawan baik aku sebab dia sama minat dengan aku tapi sejak aku dengan dia keluar dari asrama , dia dah lain . Dia gedik tapi tak cari gaduh dengan aku la .

Semalam dia add aku . Aku baru tahu yang dia dah couple dengan sorang tu . Orang tu la penyebab facebook account lama kesayangan aku kena delete . Aku nak menangis tau tak tapi nak buat macam mana . Takdir lah kan .

Dia sekarang dah kuat post status loving-loving ni . Aku sebenarnya geli baca jiwang ni tapi terpaksa la terima . Aku tak mahu kehilangan kawan sebab itu saja . Dia juga sekarang dah pandai post benda tak senonoh . Aku tanya kat diri aku . Ini betul-betul kawan aku ke? Banyak berubah lah . Hmmm . Tak apa lah . Dia tak ganggu hidup aku pun . Aku sayang kawan aku .

Petang tadi aku post suara aku sebab aku join contest SMKPOP . Aku menyanyi lagu B.A.P - Yes sir ! part Youngjae dengan Daehyun . Aku tak nak share sebab suara aku tak sedap mana pun . Kalau aku dah jadi artis baru aku post . Perasan . Keh



Tengah hari semalam ayah aku ada hantar message kat aku . Dia tanya international passport ada lagi ke tidak . Aku kata kat ayah aku 

Entah ler . Dah berapa tahun tak pegang . Bukannya pergi mana pun .
Lepas tu ayah aku kata nanti kemungkinan nak pergi Singapore . Buat apa nak pergi Singapore ? Nak melancong dan jalan-jalan lah . Apa lagi . Ceh . Aku yang muka serious sebab tak ada mood terus berubah .



Lebih kurang macam tu lah . Heheheh . Mesti lah . Aku dah lama tak pergi melancong kat luar tau . Kali terakhir masa aku umur 6 tahun . Sedih kan ? Yang pernah pergi pun Thailand dengan Indonesia je . Aku miskin tak ada apa-apa . Aku asyik cemburu bila tengok gambar Little Namstah masa dia pergi melancong kat Korea . Nak menangis tau tak . Huh .

Masa tu aku baru teringat yang 1 December aku kena pergi Petaling Jaya sebab nak jumpa kawan aku dari Singapore . Aku panggil dia Syasya dan umur dia sama dengan aku iaitu 14 . Dia hidup bebas dan aku tabik kat dia sebab dia boleh pergi mana-mana seorang diri bukan macam aku . Selalu kena teman kalau nak pergi mana-mana. Kan seronok kalau aku dapat tinggal dengan dia .

Aku message kat ayah aku suruh hantar aku pergi Petaling Jaya . Hari Isnin nanti aku tinggal dekat Penang . Lama gila . Rasa macam nak flip lori dengan van . Dah la duit aku cepat habis . Ayah aku pula kedekut . Ayah aku kata jauh tapi aku mintak jugak . Aku tak kisah la tak dapat pergi konsert INFINITE tapi aku nak jumpa Syasya dengan Alexander . Tau tak siapa Alexander ? Dia ex-member U-kiss . Sekarang ni dia dah jadi penyanyi solo dan secara faktanya , Alexander suka Malaysia dan dia dah banyak kali datang Malaysia lebih banyak daripada B2ST . 


Sudah lah . Aku dah sakit jari sebab penat menaip . Lepas rehat , aku nak siapkan fanfic aku . Fanfic tu english . Ada reader suka fanfic aku dan suruh aku buat chapter yang panjang . Aku suka dan sangat terharu bila reader bagi komen macam tu kat aku dan aku tak nak hampa kan dan hiatus . Sekarang ni part kahwin pun tak sampai lagi . Aku tahu aku lembab tapi sekurang-kurangnya aku dah cuba . Kau ada

Ok bye .

2 comments: