Assalamualaikum.
Semalam (Sabtu) aku pergi KL iaitu Kuala Lumpur bukannya kandang lembu. Aku tak buat lawak. Itu pun kena paksa sebab ada orang nak belikan laptop baru untuk aku. Nak tahu dengan siapa aku pergi? Mak aku dan seorang lelaki yang 2 tahun tak jumpa dan aku tak suka dengan dia iaitu J . Bukan si Jalil Jendol Style tu ewahh . Aku tak suka lelaki yang rapat dengan mak aku dan aku ternampak dan tahu perkara yang diorang tak nak beritahu aku dan tipu aku.
Dah nak tertukar topik pulak ewahh. Ehem. Aku sangat nak keluar mana-mana dan tak ada mood. Disebabkan laptop tu aku sanggup kena ikut sebab kena paksa. Aku baru tahu yang dari tempat aku iaitu Kuala Selangor rupanya dekat dengan Kuala Lumpur. Nampak sangat geo aku fail. Hoshitteu. Yang aku pelik bila masa lalu highway Latar tiba-tiba terjumpa sign board 'Sempadan dengan balai polis Gombak' . Aku yang minum air hampir nak tersembur sebab sign tu. Setahu aku Gombak jauh kan? Takkan dekat gila .
Bila aku dah sampai KL , aku rasa tak suka pula tengok bangunan tinggi-tinggi ni. Panas pula tu. Aku memang ada niat nak balik sebab KL panas. Hingus meleleh wei. Sakit hati aku.
Masa tu mak aku tanya aku nak pergi mana dulu. Mana la aku tahu apa yang ada kat KL ni. Macam la aku ada minat suka gila vavi dengan KL ni. Seriously , KL sesak. Aku tak suka tempat sesak dengan panas walaupun maju. Lepas tu J bawa aku ke Suria KLCC. Alah , yang ada Petrosains tuu. Mesti korang tahu kan? Sedang J pandu kereta dan mak aku sembang dengan dia. Aku mesej dengan Haqim untuk menghilangkan bosan aku. Tak adil lah aku tak ada teman nak sembang. Ptuih.
Masa aku masuk KLCC tu , J kata kat mak aku yang muka aku macam fobia saja sebab aku asyik tengok sekeliling. Ok no. Aku tak fobia sebenarnya . Aku saja nak tengok sekeliling. Takkan la aku nak tengok muka si J tu. Puh lagi sakit aku rasa kot.
Masa aku nak cari makanan kat food court , mata aku terbeliak sebab ada banyak pilihan dan aku tak tahu nak makan apa. Aku pergi tempat yang terdekat iaitu makanan jepun bento apa ntah tu. Aku ambil set Teriyaki Chicken. Harga RM15.90 . Sedap makanan dia dan ada sayur. Aku tak tahu nak makan macam mana sebenarnya. Aku makan nasi dengan sup tu lepas tu dengan ayam tu. Ayam tu sedap lah. Lepas habis makan yang tu , aku makan kentang apa ntah lepas tu yang ada kobis. Ada cherry tomato. Aku tak suka lepas tu aku lempar kat Zelo. Okay merepek. Mak aku yang ambil. Lepas tu aku minum teh hijau panas. Aku tahu tu tawar tapi aku minum je. Aku tak nak mak aku yang habiskan. Huh.
Lepas tu aku jalan-jalan kat Kinokuniya seorang diri. First time aku jejak kat tempat tu. Selangkah je masuk terus aku merasakan yang aku masuk kat syurga. Mata aku terbeliak gila lepas tu lari kat bahagian manga.
Sebenarnya aku snap ni sikit saja. Ada banyak komik kat Kinokuniya tapi yang english lah. Yang malay kurang. Lepas tu aku ternampak ada satu lorong tu ada tulisan jepun. Aku tertarik dan pergi kat tempat tu. Rupa-rupanya ada semua majalah fashion , anime dan novel dalam bahasa jepun. Gambar anime perempuan seksi pun ada tau. Malu nak snap. Keh keh keh. Paling tak tahan yang ada banyak majalah komik tebal One Piece. Set bento besar One Piece pun ada tau tapi mahal. Kalau murah , dah lama aku rompak. Mata aku terbeliak bila ada sorang lelaki tu beli banyak komik. FUHH KAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.
Lepas aku keluar cari dekat section lain , aku ternampak satu buku guide game Halo 4 , Final Fantasy IV , Assasin apa ntah dan banyak lagi ! Aku berlalu pergi dan terjumpa buku photoshop CS6 dan banyak lagi ! Rasa nak menjerit bila tak dapat beli. dekat kinokuniya ada jual alat tulis Rillakuma. Gila semua mahal. Satu pemadam dah harga RM5.
Aku teringin nak beli buku ini sebab aku suka baca buku agama lain walaupun agama sendiri aku lemah. Saja nak tentang agama orang lain. Tak silap aku ada buku 'A World Without Islam' . Buku dia kecil dan mahal. Aku teringin nak tengok isi dalamnya. Orang lain ada tengok pelik bila aku pegang buku bab agama. Ceit.
Semasa aku nak pergi beli buku apa aku nak , tiba-tiba aku terjumpa manusia lelaki perempuan memegang banner berwarna ungu. Ada tulis 'Justin' . Aku tak tahu mula-mula lepas tu bila dah ramai aku baru perasan tu banner #TeamBieber . Kejadah Belieber dekat Kinokuniya? Bila pula si Bieber tu datang Malaysia. Ye lah aku tak tahu pasal diorang dan tak ingin nak tahu. Masa aku pergi bahagian muzik ada berlambak muka Bieber. Macam vavi saja aku tengok. 1D dengan KPOP sikit duh. Tuih tuih.
Aku dah habiskan RM122.80 + RM68.90 + RM4 dekat Kinokuniya. Fuh melayang duit aku. Meh aku nak tunjuk apa aku beli.
Ini semua RM122.90. Sikit dan mahal gila. Tak nak aku nak bawa ke sekolah. Sayang wei.
Ini pula komik Cardcaptor Sakura. Ni yang lama dan favourite aku time aku kecil lagi. Syaoran comel ewahh . Komik ini tebal dan berharga RM68.90. Sebenarnya aku nak beli komik Death Note Black Edition tapi ada banyak gila. Satu RM51 lebih. Kalau beli tiga confirm kena lempang dengan mak aku. Puih. RM4 pula EPOP.
Lepas tu aku pergi Sungei Wang sebab aku yang nak pergi. Aku punya cari kedai KPOP kat situ. Baru aku tahu yang ada kat tingkat atas. KPOP GARDEN namanya.
Barang dia agak mahal tapi memang seronok dapat masuk dalam tu. Aku boleh sentuh dan pegang kalendar EXO saiz S dan M , Diary EXO , Matoki light stick , Matoki Calendar , Yoseob towel , PSY shirt , semua album INFINITE dan banyak lagi. Official tuh ! Aku tak beli sebab mahal. Aku beli keychain B.A.P , t-shirt B.A.P dan headphone EXO. Aku lupa nak beli gelang EXO. Ada sorang akak tu bagi offer kipas EXO dengan B.A.P tapi aku tak nak sebab warna dia pudar. Aku tak suka sebab tak ada feeling kay.
Semasa mak aku nak pergi kedai jam , aku ternampak satu kedai iaitu Naughty Shop yang menjual barang untuk ber ehem-ehem. Aku snap senyap-senyap.
Semasa aku turun nak keluar dari Sungei Wang Plaza , aku ternampak stage untuk perayaan Chinese New Year. Tempat tu juga lah Bang & Zelo buat showcase . Aku tenung saja kat tempat tu dan cakap dalam hati "Tempat tu la diorang perform. Wah seronoknya."
Semasa aku kat Low Yat menunggu mak aku pilih laptop untuk aku , aku bosan dan pergi dekat satu laptop Asus yang ada touch screen lepas tu conteng dekat bahagian fresh paint (Windows 8) . Seronok wooooo tapi sayangnya laptop aku dapat tu tak ada touch screen . Ptuih sedih gila. Aku terpaksa ambil tak ada touch screen sebab laptop tu screen kualiti graphic dia tinggi. Ram banyak dan ada i5 + 6GB. Tak apa lah. Aku baru pelajar sekolah menengah bukannya pelajar universiti tak gitu? Hmmm..
Cun tak aku buat? Pewwit ~ Muahahah.
Lepas tu mak aku teringin nak beli ipad . Pergilah kat Apple Store tu. Lama kot mak aku tengok lepas tu tak beli. Tuih. Masa aku tunggu tu aku online FB guna ipad. Saja menghilangkan kebosanan. Hohoho .
Ini saja aku nak cerita. Esok pagi aku kena pergi beli seluar untuk hari Isnin. Menyampah aku. Aku buat entri ini selama 2 jam 30 minit . Dah pukul 4 lebih ni. Baik aku tidur . Oh ya. Jangan curi apa-apa gambar dalam ni. Sekian.
Panjangnya.. Nie betul-betul jalan nie :D
ReplyDeleteHehehe . Semestinya ! xD
Deletemerata kau pegii -_- patutlah cadburry aku kau x mampu nak belii xDD takk guna kauu gyu beli hedphone exo .____.
ReplyDeleteTak merata mana pun ._. Setaat cadburry baik beli kat kedai biasa ja xD Sukati ah aku nak beli apa pun xD *cabut lari*
Delete