Bella Erzaq. Seventeen

2학년


Assalamualaikum. Hai.

Lama aku tak update blog ni. Rasa nak edit blog ni jadi lagi cun tak ada sebab aku ada banyak benda nak buat. Maklumlah , aku nak form 4 ecewah bajet ada banyak kerja siot padahal asyik online , makan tido , tiru kerja sekolah orang , kerja nota pun tak siap lagi ha sebab ada manusia songlap buku nota math aku yang tak siap lagi ni ha ahahaha siot punya manusia.

Aku ada padam sesetengah post lama aku sebab ada sorang itu perempuan kata aku hin dia padahal aku langsung tak hina dia. Aku cuma bagitahu benda betul je pun. Agaklah kalau nak menuduh pun. Yang lain pula aku delete sebab aku rasa nak padam. Ingat nak padam semua post tapi aku rasa malas pula nak menekan delete ni. 

Masa aku tengah kusyuk scroll post lama tu kan , tiba-tiba aku perasan aku buat blog ni masa awal bulan lapan 2012. Ini pun blog ke-3. Aku lupa lagi 2 blog tu sebab dah lama kot. Aku langsung tak ingat bila aku start berjinak dengan blog ni ha.



Malam tadi kira-kira pukul 7 , aku ajak ayah aku pergi Kailan konon nak pergi pembaris dengan pensel. Eh kejap. Bukan konon tapi memang betul pun lol sebab pembaris aku selalu hilang. Pen pun. Kadang-kadang aku rasa nak je pasang kunci dekat pencil case aku so tak ada yang berani curi barang aku uhoh. Ok , nak dipendekkan cerita lah kan, tujuan utama aku sebenarnya nak beli earphone sebab earphone aku rosak lagi buat kali ke 1301649236942. Sekarang ni aku dah beli earphone tu tapi aku baru perasan kualiti dia camshit tapi tak apa lah. Melayang duit aku macam tu dia pffftt.

Semalam aku saja nak usha mesej lama Haqim sebab aku rindu dia gila nak mampus haha. Mesej dia dulu buat aku rasa happy pulak sebab dia kan suka merepek dengan aku. Nanti aku try nak ingat balik email dengan password facebook lama sebab aku nak baca mesej dia lagi haha aku rindu gila dia haha aku kesunyian gila seh ahaha.


Kan best kalau dia hidup lagi so boleh aku merepek dengan dia lagi. Nak cerita lah sikit. Masa dulu-dulu kan, aku ada hati kat dia  sebenarnya tapi aku rasa macam 

Eh kau ni. Ada hati nak dia tu. Siapalah aku ni bagi dia kan. Baru kenal kat Facebook. Mungkin dia anggap aku kawan dia je kot.

Lebih kurang macam tu lah. Masa tu aku start kawan dengan dia masa aku form 1 tak silap aku. Masa tu lama-lama tu kan aku rasa suka pula dengan dia. Dia tu suka cakap lepas tapi bukan carut. 

Weh. Kau ada jerawat tak?

/tipu./ Tak. Kenapa?

Aku ada jerawat lah :(

Sebenarnya dulu aku ada jerawat tapi sikit je lah. Dia macam tak  malu je tanya soalan macam tu dan aku rasa macam nak je tampar dia kalau dia dekat dengan aku. Then, kira bulan 11 tak silap aku lah kan , nenek dia dah meninggal. Time tu si Wani tetiba cakap pasal Haqim kat aku yang dia nak mati lah apa lah. Well , aku faham sebab aku pun pernah rasa macam tu haha. Lama-kelamaan aku chat dengan dia , makin rasa sayang pula aku dekat dia tapi aku diam je then rasa rapat pula dengan dia. Lepas tu main bergilir-gilir bagi kredit. 

Ok dah kenapa aku cerita pasal ni. Kak Mia dengan Farhan dah lama deact Facebook account. Weh korang. Aku nak korang macam dulu. Online lah. Aku rindu korang berdua.

Tak lama lagi nak SPM. Tahun depan aku SPM candicate sia. Tak sabar gila lepas tu terus blah dari sekolah lepas tu aku harap aku mati macam tu je. Bye.

No comments:

Post a Comment