Bella Erzaq. Seventeen

Merapu


Assalamualaikum. Hi people.

It's been a long time I didn't post any entry in this blog because I have no idea what to post about to be effing honest. I currently curse a lot because of people who make me kinda stress lately and yeah , i'm stressed. 

Eceh ceh  cewah cakap omputih pulak aku ni tiba-tiba kan. English aku sejak kebelakangan ni makin berterabur tambah lagi grammar tu oh please lah nyampah aku. BM aku ni apa kurangnya dengan BI , sama-sama berterabur sebab aku asal cakap lepas je langsung tak fikir apa aku cakap atau taip AHAHAHAH.

Tajuk hari ini ialah Merapu maknanya aku akan post benda random dekat entri ni. Eh macam tak biasa pula aku post random kat kahkahkah mana ada orang baca kat blog ni pun tbh.

Aku dah lama tak usha Blogger ni sebab aku rasa bosan pula dengan Blogger ni. 

Sebab apa bosan? 

Sebab aku rasa bosan. 

HA.

Tak silap aku lah kan , aku tak hadir ke sekolah 5 hari tapi kenapa orang kata aku tak pergi sekolah 2 minggu? Hairan aku dibuatnya.

Pagi tadi aku ada pergi sekolah. Itu pun badan aku rasa panas gila even baru satu tapak nak masuk kat pagar sekolah.

Dan semestinya aku kena perli teruk dengan cikgu math aku. Asal aku salin nota , mesti nak target aku. Bukannya aku tak boleh jawab. Dah aku tengah salin apa yang cikgu lukis dengan whiteboard tu kasi lah orang lain jawab dulu. Ingat aku ni robot boleh salin sambil fikir jalan penyelsaian sekaligus?

And then some teachers keep asking me why I didn't go to school. Not to forget , some people too. Eh suka hati aku lah nak pergi sekolah ke tidak. Kalau aku pergi sekolah tak ada rasa nak belajar pun tak ada guna. Maunya dimerit yang dapat. Aku ada sebab kenapa aku tak pergi but no one know it lmao aku jahat.

Oh ya. Ada sesuatu yang buat aku ada idea nak letak untuk fanfic Tears aku tu iaitu time Hazrul punya 'bird' kena tumbuk puahahahahahh. Serious cara Wei Zhuan tumbuk dengan reaksi Hazrul memang tak boleh blah. Masa tu aku lepas keluar dari tandas and then nampak dua orang tu main-main kat luar kelas. Kalau aku main selit je nanti memang mampos kena himpit dengan lelaki tak memasal.

Kadang-kadang lah kan , aku rasa seronok kalau pergi ke sekolah sebab perangai diorang entah pape. Susah nak explain tapi yang paling annoying gila adalah bab couple semua ni. Ayat jiwang lah , mama papa lah , sayang lah bie lah ew ew ew.



Seperti biasa , semestinya berjalan pergi ke kantin pada waktu rehat lalu membeli makanan untuk makan dan minuman untuk minum. Laksa hari ni pedas semacam pulak. Time Keshna beli haritu sedap gila weh. Masa aku kusyuk makan laksa sebab aku lapar , Burn aka Adilah tegur aku. Dia kata Hazrul rindu aku lah apa lah buat aku rasa nak tersedak dengan kuah laksa dekat dalam tekak aku. Aku tak terkejut mana pun api aku saja buat-buat terkejut sebab dia ada beritahu aku kat WC lol.

Dia tu yang suruh aku pergi sekolah. Kalau aku tak pergi memang confirm phone aku vibrate tak henti. Voice note lah mesej lah.

Ni pun aku hantar voice note guna suara annoying yang aku biasa buat dekat sekolah tak ada pulak dia reply pffft tak guna k tak guna.

Hari ni kan aku ada beli earphone baru buat kali ke-93241932562956. Kali ni aku beli mahal sikit tapi tak lah mahal sangat sampai beratus tu. RM12.90 je AHAHAHHAAHAHHAHA. Corak dia cantik siot. Ala-ala macam golden sikit. Nama dia Soul by Ludacris. Comel je nama aw.

Aku nak tengok berapa lama earphone ni boleh bertahan sebab wayar dia tebal sikit berbanding earphone aku beli dulu , gila nipis nokharom.

Duit aku pula makin lama makin berkurang sebab aku beli makanan , minuman dengan topup tak habis-habis. Aku sebenarnya ada duit spare tapi aku kena lah simpan sebab nanti aku nak pergi Thailand. Entah lokasi mana pulak nak pergi tapi tak apa , aku ada duit baht. Kalau ada pun aku minta jugak dekat ayah aku AHAHAHAHAHAHAHAHAA.

Aku baru perasan yang ada seorang follower aku ni orang thailand. Aku saja usha sebab nak tengok dia ni siapa lepas tu aku tertekan satu blog fanfic orang siam. Pergh memang tak faham gila ok sadis.

Ok aku nak iron tudung , kemas beg , cari raket badminton lepas tu tidur. Bye bye~

No comments:

Post a Comment