Bella Erzaq. Seventeen

2021

 


Assalamualaikum, hai.

Salam pembuka kata-kata pendahuluan di blog setelah sekian lama sudah tidak dapat mengakses kerana aku lupa password dengan e-mail blog ni. Apak ah 2016 sia last post dekat blog ni. Aku dah lupa url blog satu lagi selepas blog ni hmm.

Janji dapat akses masuk balik aci lah tu kan HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Okay lah sebelum aku nak tidur ni aku nak merepek dulu. Al maklumlah dah lama tak post dekat sini ye dok?

Bila aku baca balik post dekat blog ni rasa macam perit juga eh rasa sakit dulu? Walaupun kuat merepek tapi still dapat harungi perit tu.


To the old me, minor Bella.

Kau yang dulu tak boleh lawan dengan kau yang sekarang. Dulu kau tabah walaupun kurang matang. Even kau depressed dengan hidup lepas Haqim takde, kau tahu bela diri kau. Kau sakit tapi kau pandai handle masalah luar. Yang sama tak tahu handle diri sendiri je lah AHAHAHAHAHA.

Aku yang sekarang ni dah lemah, kuat mengalah. Terpaksa mengalah sebab nak survive especially aku yang tinggal keseorangan dekat Kuala Lumpur semata-mata nak kerja ikut bidang.

Takde lah related sangat dengan percetakan but at least dalam bahagian grafik kan? Aci lah tu. Aku dah ada pengalaman kerja dalam hospitality, FnB dengan retail sekarang. Hebat kan aku yang sekarang? Sayangnya pengalaman terpaksa disembunyikan dan terpaksa menjadi seorang bodoh dan bendul di persekitaran ni.

Kau tahu tak sekarang kau boleh beli album tanpa rasa ragu? Kau kumpul cupsleeve, buat fankit handle event untuk K-POP tau. Minor sekarang dah tak macam dulu, diorang dah semakin berani nak bersuara. 

Tapi tu lah, aku yang sekarang ni lemah. Dah lemah takde kawan nak bersembang sebab semua dah ada hal masing-masing kan? Hazrul takde, wani takde, Amirul takde. Aku still tak nak balik Penang. Bukan nak lari rumah, cumanya entah kenapa aku memang rasa tak nak balik rumah. Itu je.

Sekarang ni musim Covid-19. Dah hampir 2 tahun aku stuck dekat sini. Harapan aku stay sini nak jalan-jalan shopping guna duit sendiri tapi apakan daya dengan hidup tak berkesempatan nak enjoy semua tu. Harap dapat 0 kes lah sebab aku teringin sangat nak melawat kubur Haqim. Dekat sangat weh dari sini. Aku nak guna opportunity untuk ziarah kubur dia, bersihkan kubur dia, berdoa.


Aku just berharap sangat aku boleh buat semua ni sebelum aku mati. Nak mati awal sebenarnya ahahahah at least dapat lah juga achieve kehidupan sepanjang umur 20' an. Aku dah 23 tahun sekarang tau. Cepat kan masa berlalu? Tunggu mati pulak.

Adios!

No comments:

Post a Comment