Bella Erzaq. Seventeen

Jawapan





Assalamualaikum , Yo .

Korang ingat tak pasal kes Bunkface 'kutuk' K-pop bagai tu? Aku nak bagi sebab kenapa aku kata Fanatik K-Pop yang salah . Tengok post ni kalau nak tahu dulu .



Sebab kenapa aku kata kenapa Fanatik K-Pop yang salah : 

Fanatik K-Pop ni susah nak ditegur . Kalau tegur sikit dah mula bising . Fanatik K-Pop juga banyak kali hina artis negara sendiri dan ada yang sampai tak mengaku orang Malaysia . Hina artis Malaysia menyebabkan non-Kpopper tak puas hati dengan K-Pop ni . 

"Apa la yang best sangat K-Pop tu ."

Pasal Bunkface dan Shout Award . Sam(dol) pernah ada bagitahu yang dia tak suka / tak minat K-Pop sebab miming . Tak silap aku , dia ada bagitau yang ramai orang Malaysia ni terpengaruh dengan artis luar (selain K-Pop) . Baca ayat tu betul-betul . Dia tak suka bukannya anti K-Pop

Pasal Bunkface kat Shout Award . Ingat lagi tak pasal VIXX kena baling benda seperti sampah ? Kawan aku (bunker) bagitahu aku yang fanatik K-pop  ni salahkan si Sam(dol) tu . 

"Yang baling sampah semua tu pengikut si Sam(dol) tu ."

Sebenarnya , yang baling sampah semua tu kerja anti K-pop . Bukannya pengikut Bunkface . Korang marah dan bengang tak bila ada orang fitnah korang ? Mesti marah kan? sama juga dengan si Sam(dol) tu . Mesti la dia marah sebab kena fitnah macam tu . 

Kepada Fanatik K-POP yang baca entri ni . Aku bukannya nak back up Bunkface tapi aku cuma nak bagitahu benda yang betul dan nyata . Aku tahu ramai orang anti K-KPOP sekarang ni . Cuba korang try minat je dulu . Kalau fanatik sangat lama-lama rasa gila K-POP korang tu dah berkurang . Lama-lama dah tak suka . Percaya lah .

Kalau nak comment dengan Anti-KPOP pun . Cuba bagi ayat yang betul dan fakta . Perlu ke nak maki ? Kalau nak jadi KPOPPER ni kena ada banyak kesabaran . Jangan jadi budak kecil . Buat malu dan mencemarkan nama KPOPPER saja . Nak tahu tak kenapa ada sesetengah kena aib dengan Anti-Kpop? Sebab korang menggunakan ayat yang agak kurang ajar , fakta tak betul , post video K-POP dekat anti (ini dikira sebagai menganjing) , dan bagi ayat putar belit . Serious aku tak tipu . Ayat entah apa-apa ja . Cuba korang relax . 

Itu sahaja . Aku nak off . Nak charge phone sambil mesej dengan orang tua berkedut lepasan SPM . Aceceh ayat . Bye !

1 comment:

  1. "Malay films & malay songs were never promoted nor exhibited. If they are not encouraged they'll be totally forgotten in 10 - 20 years time. Foreign films & foreign music will represent and be touted as ours. If we don't instill our films & music in our children, one day I fear other forms of films & music will take over & fill the void in their hearts. It's the same as teaching children religion. No matter how far they go, they wouldn't change their religion because it's embedded in their hearts by their parents. Same as films & music. Once it's in them, it stays forever." - Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

    ReplyDelete