Assalamualaikum.
Ayo Jiyu (Gyu) ! Maaf merepek. Hari ni aku ada mood nak update. Aku nak cerita sesuatu ni. Semalam aku gabra sebab aku konfius nak pakai baju KRS atau uniform sekolah biasa. 2 kawan aku nak pakai baju biasa sebab diorang diorang punya tak lengkap iaitu skarf untuk pengakap. Nanti kalau aku tak pakai takut mak aku kecil hati pula sebab kelam kabut beli seluar dengan t-shirt extra KRS. Akanku redah onak duri dan lautan api gitu. Hua hua hua. Jadi aku terpaksa pakai t-shirt KRS pergi sekolah. Gila takut masa nak masuk ke sekolah. Aku menyorok sebab aku seorang je yang pakai. Bila dah masuk , baru aku namak ada orang pakai uniform kokurikulum. Aku jalan masuk dengan seorang junior pakai uniform kokurikulum. Nyahahah.
Sebenarnya aku tak selesa dengan seluar tu . Aku tengok nampak besar macam saiz untuk orang berbadan besar. Tak nak kata gemuk. Tapi nak buat macam mana , mak aku yang pilih. Mak aku kata umur macam aku ni kena ambil yang labuh sebab aku ni tinggi tak menentu. Tunggu aku umur 18 baru boleh beli yang tak labuh.
Hari ni aku first nak ke bulan . Memang seksa gila aku nak tahan. Banyak kali aku keluar dari dewan sebab nak pergi tandas. Kawan aku semestinya ikut sebab dia malas nak dengar cikgu 'berucap' .
Semasa aku masuk balik ke dalam dewan , aku terdengar suara cikgu Shamsir . Cakap dalam english tu. Cikgu buat kuiz (lah sangat) sempena nak dekat Chineese New Year. Soalan senang ke susah. RM2 sampai ke RM20. Sebelum cikgu buat kuiz , cikgu menyanyi. Pergh. Bising satu dewan. Best gila ! Cikgu siap buat high note lagi tau. Acecehh.
Sebelum cikgu stop , cikgu menyanyi lagi. Aku tak tahu tu lagu apa tapi macam tak ada lirik. Muka cikgu tak boleh blah time menyanyi tu. Siap buat suara ala-ala rock gitu. Hu ha hu ha.
Masa kat kelas , aku terlupa 2 benda penting iaitu borang PMR dan sketch book. Pergh , gila ah sorang cikgu india tu bising. Rasa nak flip je buku kat muka dia. Macam la dia tau aku pergi mana masa hari Sabtu dengan Ahad. Macam la cikgu seorang saja yang sibuk. Huh . Geram tau tak. Nasib baik la boleh bagi esok. Cikgu seni aku tak marah aku. Hehehe.
Masa dah boleh balik sekolah , tiba-tiba hujan turun. Aku terpaksa jalan kaki. Macam la kalau aku tunggu tiba-tiba ada orang bagi payung kat aku. Kah kah kah.
Lama kelamaan hujan makin lebat. Aku terpaksa cover guna kertas jadual baru. Macam harey betul. Lagi macam harey bila ada lori mana entah laju semacam sampai tudung aku terbang ke depan. Nasib baik tudung dalam labuh. Makumlah , aku pakai tudung labuh. Aku perasan ada 2 orang lelaki sama kelas dengan aku kat belakang aku. Aku buat tak tahu ja. Izzmir dengan Syafiq tak silap aku. Rambut Syafiq style duh. Straight gitu. Cewahh.
Oh ya. Ada jadual baru. Buku makin lama makin banyak kena bawak duh. Sakit hati.
Masa aku bukak pagar mula la aku dengar bunyi kucing. Makin kuat bila aku nak bagi makanan kat kucing aku. Siapa lagi kalau bukan Shasha si kucing perut toyol. Tuih. Dia melalak sampai Syafiq dengan kawan dia tengok kot. Rumah aku dengan Syafiq sama lorong lorh. Aku rasa nak campak je Shasha dalam air. Menyampah . Macam la aku tak bagi makan seminggu.
By the way , aku upload 3 dekat Soundcloud. Aku tahu suara aku sumbang. Sakit tekak masih nak karok LOL. Follow la kalau nak. Tak nak sudah.
Itu je la aku nak cerita. Aku tahu bosan. Ok bye.
shasha ? KAHKAHKAHKAHKAHKAH keii memang comel nama tuh *angkat bakul sendiri*
ReplyDeleteKah kah kah xDD
ReplyDelete